Monday, February 20, 2012

MARI KITA MEMBANTU ADIK FARIS UNTUK TERUS HIDUP DENGAN IZIN ALLAH ..

Suka duka, mereka sekeluarga tetap bersama.


Ketika dicuba dengan cabaran getir, semangat harus dibangkitkan dengan kadar luar biasa.

Saya percaya Shamrulismawi Ismail dan Zuraini Mohamad sentiasa berjuang, menggenggam harapan, memanjatkan doa kepada Allah, agar Faris kembali sihat, tersenyum dan ceria seperti anak lain.

Tanpa harapan, sesungguhnya manusia sudah tewas sebelum berjuang.


Berikut antara luahan hati Sham terhadap Faris, kini terlantar akibat HLH.

'Ya Allah, kuat dan tenangkanlah hati kami. Kalau betul dia untuk ku, percepatkan segala urusan yang baik. Sekiranya, dia bukan untukku, maka redhailah hatiku dengan ketentuan Mu. Aku tahu, Engkau akan memberikan yang terbaik dalam hidupku ini. Ya Rabb, berikan ketenangan yang teramat kepada hati dan jiwa ini. Ya Allah, engkau maha mengetahui lagi maha penyayang. Engkau yang mengaturkan kehidupan hamba Mu ini. Engkau yang menentukannya'
Kepada mereka belum berpeluang membaca 2 entri nukilan saya berhubung Faris sebelum ini, sila klik di sini dan di sini.


Manakala berikut maklumat terkini berhubung perkembangan Faris di hospital, terkandung dalam pesanan ringkas dihantarkan oleh ayahnya.

'Salam Mazidul, masih tidak banyak improvement. Cuma apabila saya memanggail namanya, Faris mengerakkan bulu matanya seolah-olah dia tahu saya memanggilnya'

Bersama kita membantu meringankan tanggungan kos perubatan Faris kini dilaporkan mencecah RM75,000 dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738(Shamrulismawi Ismail).

Kepada rakan pembaca telah menyumbang, mewakili keluarga Faris, saya mengucapkan terima kasih. 


 SILA HEBAHKAN


Wednesday, September 14, 2011

Makna CINTA , KASIH , SAYANG Dan HATI



CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I  = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.
KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara , nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.
SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY,mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.
HATI:
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I  = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

tetapi yg seharusnya ialah...
C = Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
 I = Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N = Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T = Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A = Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K = Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A = Akad dilafaz cinta berbunga
S = Suami disanjung-tinggi
 I = Isteri disayangi
H = Harumlah kasih sepanjang zaman

S = Sayangkan Isteri kasihkan suami
A = Ada masalah, dibincangkan bersama
Y = Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A = Amalkan hidup bertoleransi
N = Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G = Gaduh sesekali tu perkara biasa

H = Hati suami mesti dijaga
A = Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T = Tanggung-jawab dipikul bersama
I = Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

p/s : xcited nk balik PD ... ;D

Sunday, July 31, 2011

Malam Ramadhan

SELAMAT BERPUASA

Malam ni rasa sayu je ..
1st day kena puasa jauh dari family ..
Jeles tgk mmbe2 ramai balik dan ada 2 family dowg dtg cni semata2 bg makanan kt dowg ..
BESHNYE !!

Tp mlm ni ak rasa cam tade mud je ..
Habis boyfie ak pun kne marah ngn ak ..
nasib baik die faham ..
thnx INCIK HUBBY ..

esok ? waahh ..
Ada kelas ciot .. perghh ..
cam mls je .. 3 ari kje ak acek tito je ..
miahahahhh .. ;D

k r .. ak dah penat .. mahu tido ..
mlm sok kte sambung je ..
Gdnte uolls ..


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa .. Jgn ponteng taw ..